Latar belakang Ahmad_Amzad_Hashim

Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1970, di Hospital Besar Kuala Terengganu (HBKT). Beliau mendirikan rumah tangga kali pertama dengan Cikgu Hajah Suriati Abidin pada 1992. Pada 12 Februari 2016, Hajah Suriati meninggal dunia akibat kanser pankreas[1]. Kemudian, Haji Amzad berkahwin dengan Dr. Nur Diana Ahmad Takri pada 2017. Haji Amzad kini mempunyai 9 orang anak, 5 lelaki 4 perempuan. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), sekolah yang sudah berstatus elit pada waktu itu di Terengganu dan merupakan lulusanĀ  ijazah sarjana muda perakaunan Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah selesai pembelajaran beliau, beliau mencipta nama beliau di dalam bidang perkapalan bersama MSET Shipbuilding Corporation SDN. BHD sebagai Pengarah Urusan dari tahun 1995 sehingga 2004, mengangkat nama syarikat tersebut hingga dikenali di mata Asia Tenggara.